DIPLOMA PHARMACY
Farmasi
adalah salah satu cabang kimia yang menjurus kepada penggunaan ubat secara
selamat dan efektif. Bidang farmasi ini terbahagi kepada tiga cabang lain iaitu
Farmaseutik, Kimia Farmaseutikal dan Praktis Farmasi. Bidang ini dianggap
sebagai bidang yang kritikal pada zaman kemajuan kini memandang masyarakat sangat
prihatin terhadap pengambilan ubat-ubatan dan tahap kesihatan dalam kehidupan
seharian.
Matlamat utama bidang farmasi ini ialah untuk memastikan terapi drug
yang optimum dan rasional melalui penglibatan pekerja dalam proses penyediaan,
pengedaran dan pengawalan ubat-ubatan dan produk produk farmaseutikal. Diploma
Farmasi menyediakan pelajar untuk menjadi juruteknik farmasi yang
berpengetahuan dalam bidang farmaseutik, kimia farmaseutik dan praktis farmasi
supaya mereka bersedia memasuki pasaran kerja dalam industri farmaseutikal yang
menekankan aspek kimia farmaseutik dan farmaseutik atau memasuki pasaran kerja
yang menekan aspek praktis farmasi seperti hospital dan farmasi komuniti.
Bidang
farmasi ini secara tidak langsung dapat melahirkan profesional yang beretika
yang dapat mewujudkan tanggungjawab kemasyarakatan demi untuk memenuhi tuntutan
agama dan aspirasi negara.
Sebagai
seorang pelajar yang sedang menganalisa jurusan yang sepatutnya diambil, anda
perlu tahu akan kemampuan anda, minat anda dan juga kemahiran anda. Minat dan
kelebihan yang ada dalam diri adalah satu peluang untuk anda menceburkan diri
dalam bidang farmasi. Selain daripada itu, bidang akademik juga merupakan aspek
utama yang akan dinilai pada para pelajar untuk melayakkan anda melanjutkan
pelajaran dalam bidang ini. Hal ini kerana bidang ini juga seolah-olah bidang
profesional yang lain kerana bidang ini menuntut anda untuk mempelajari subjek
yang berkaitan bidang sains seperti Kimia dan Biologi. Dalam aspek akademik,
mata pelajaran Matematik pada peringkat SPM turut diambil kira.
Syarat
kelayakan akademik yang minumum adalah berbeza mengikut institusi yang
terlibat. Namun, secara amnya, syarat kelayakan untuk meneruskan pengajian
dalam bidang ini ialah sekurang-kurangnya lulus SPM dan mendapat tiga (3)
kredit termasuk mata pelajaran Sains. Oleh itu, bagi para pelajar yang kurang
berminat dalam mata pelajaran Sains, disyorkan agar anda memilih jurusan lain
untuk meneruskan pengajian. Sesetengah IPT meletakkan syarat kelayakan minimum
adalah lulus SPM dengan sekurang-kurangnya lima (5) kepujian termasuk Sains dan
Matematik. Antara IPT yang menawarkan jurusan ini pada peringkat Diploma ialah
KPJ dan Mahsa Universiti.
Diploma farmasi pada peringkat diploma akan
mengambil masa selama enam semester iaitu bersamaan tiga tahun. Sepanjang
pengajian, anda akan didedahkan dengan pelbagai perkara mengenai bidang ini.
Para graduan
tidaklah perlu khuatir akan peluang pekerjaan dalam bidang ini. Hal ini kerana
selain daripada menjadi seorang ahli farmasi, terdapat banyak lagi pekerjaan
yang memerlukan khidmat anda. Antara pekerjaan tersebut ialah:
- Penolong pegawai Farmasi di hospital awam mahupun badan berkanun
- Pembantu farmasi di hospital swasta dan komuniti
- Eksekutif produk atau jurucakap produk di industri farmaseutikal
- Pembantu teknikal di institusi yang mengawal selia ubat dan produk kesihatan
Selain daripada itu, para pelajar juga boleh memohon
pekerjaan dalam sektor awam melalui rangkaian Sistem Perkhidmatan Awam (SPA)
dalam bidang berkaitan. Malahan, anda juga boleh melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi di mana-mana institut di dalam mahupun luar negara.
Apakah
bidang- bidang yang boleh dikuasai oleh ahli farmasi?
Hospital awam/swasta
Tugas sebagai seorang ahli farmasi di
hospital sudah tidak janggal lagi. Masyarakat sudah arif tentang kewujudan
mereka di hospital. Di hospital, ahli farmasi akan bertugas di beberapa unit
jabatan farmasi iaitu unit pesakit luar ( outpatient), pesakit dalam (
inpatient), klinikal ( clinical), pusat maklumat ubat ( DIC), nutrisi
parenteral (TPN), rekonstitusi ubat sitotoksik ( CDR), pemonitoran ubat
terapeutik ( TDM) dan logistic. Secara ringkasnya, tugas ahli farmasi di
hospital adalah memeriksa preskripsi ubat ( screening prescription), memberi
kaunseling kepada pesakit ( counseling patient) dan membekalkan ubat ( dispense
medications).
Kaunsel
pesakit tentang pengambilan ubat adalah salah satu bidang tugas ahli farmasi.
Bisnes adalah salah satu bidang di
dalam farmasi. Kedai farmasi dibuka untuk menjual ubat-ubatan mengikut
keperluan pesakit. Namun, tidak semua ubat-ubatan boleh dijual di kedai
farmasi. Terdapat beberapa jenis ubat yang memerlukan preskripsi ubat dari
doktor sebelum mendapatkannya. Ahli farmasi yang bekerja di kedai farmasi
ditugaskan untuk memberi cadangan ubat kepada pesakit mengikut keperluan mereka.
Ubat yang dicadangkan mestilah sesuai dengan keadaan pesakit dan selamat
digunakan oleh pesakit tersebut. Terdapat beberapa faktor yang diambil kira
dalam menentukan kesusaian ubat kepada para pesakit. Selain itu, ahli farmasi
juga hendaklah membuat ‘bisnes plan’ dan bijak menguruskan kewangan.
Kilang ubat ( industrial pharmacy)
Apabila menyebut mengenai ‘industrial
pharmacy’, ramai dalam kalangan kita yang masih tertanya-tanya apakah skop
kerja ahli farmasi di dalam bidang ini? Untuk menghasilkan ubat yang
berkualiti, sudah tentu ia melibatkan seseorang yang pakar mengenai
ubat-ubatan. Saiz ubat, bentuk ubat dan kandungan di dalam ubat merupakan
beberapa faktor yang mempengaruhi kualiti ubat yang dihasilkan. Ahli farmasi
bertanggungjawab dalam memastikan kualiti ubat yang dihasilkan dengan membuat
pemeriksaan (inspection) ketika ubat dihasilkan. Kerja-kerja yang dilaksanakan
hendaklah mengikut ‘ Good Manufacturing Practice ( GMP)’ dan garis panduan yang
ditetapkan.
Salah satu
kilang farmaseutikal yang terkenal di negara kita.
( Regulatory/enforcement pharmacy)
Ahli farmasi yang berkhidmat di BPFK
atau nama barunya, Agensi Regulatory Farmasi Negara terlibat di dalam
pendaftaran ubat. Mereka juga boleh diibaratkan seperti polis. Mereka akan
membuat pemeriksaan di premis-premis yang menjual ubat-ubatan terutamanya ubat
traditional. Sekiranya mereka dapati produk yang dijual tidak mendapat
kelulusan dari KKM, maka tindakan akan diambil mengikut undang-undang yang
berkaitan dengannya. Antara undang-undang yang popular adalah Akta Racun 1952,
Akta Ubat ( Iklan dan Penjualan) 1956 dan Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik
1984.
Ahli akademik ( academician)
Terdapat sesetengah ahli farmasi yang
meminati bidang pendidikan. Golongan sebegini akan berkhidmat di
universiti-universiti sebagai pensyarah. Mereka lebih melaksanakan ‘research’
berkaitan dengan ilmu farmasi. Pencarian dan penemuan baru akan dikongsi
bersama dan didalami lagi oleh ahli-ahli farmasi yang lain. Ilmu yang mereka
kongsikan dapat melahirkan lebih ramai ahli-ahli farmasi yang berkualiti dan
competent dalam kerjayanya.
Farmasi tentera ( Military pharmacy)
Mungkin ramai di antara kita yang
kurang lazim dengan kerjaya sebagai farmasi tentera ini. ‘Military pharmacy’
adalah ahli farmasi yang bertugas di hospital atau klinik angkatan tentera.
Skop kerjanya adalah tidak jauh beza dengan ahli farmasi yang berkhidmat di
hospital kerajaan/swasta.
Kesimpulannya,
bidang kerjaya sebagai seorang ahli farmasi adalah meluas. Ia bergantung kepada
individu tersebut untuk memilih bidang apa yang mereka ingin kuasai.
So, kerjaya
farmasi bukan hanya membancuh ubat-ubatan dan menjaga di kaunter2 mengambil
ubat seperti yang digambarkan oleh masyarakat2 kita sekarang. Bidangnya adalah
amat luas dan ia merupakan salah satu bidang yang life-long learning dengan
kehadiran ubat2 baru di pasaran untuk memastikan ubat yang diberi kepada
pesakit adalah terjamin dari segi keselamatannya.
Gaji Ahli Farmasi
Gaji Farmasi
Sektor Kerajaan
Bagi farmasi
lepasan graduan, korang kena jadi PRP (provisional registered pharmacist) gred
U41 dulu dan dalam fasa ni, gaji korang adalah lebih kurang RM2500 sebulan
tidak termasuk alaun.[4]
Lepas
berjaya habiskan fasa PRP setahun kemudian gaji korang akan naik sikit. Dan
dari situ, bermula la peningkatan gaji secara time-based , kalau korang masih
dalam sektor kerajaan la.
Anggaran
selepas 11 tahun berkhidmat, korang dah boleh dapat gred U52 dimana dari situ,
gaji basic korang boleh pergi sehingga RM5000 - RM6400. Tu baru basic. Lepas tu
tambah lagi dengan elaun semua dalam anggaran RM2000. [5]
Gaji Farmasi
Sektor Swasta
Bab ni
seronok sikit nak cerita. Secara amnya, sekarang tak ada lagi gaji yang
standard dalam sektor swasta bagi farmasi ni. Khabarnya dari PRP yang bekerja
di sektor swasta kata yang gaji diorang boleh dapat dalam minimum RM2600. ada
yang sampai RM3000 tapi jarang.
Beza sektor
swasta dan kerajaan adalah lepas PRP, korang lebih bebas nak jurus ke bidang
mana. nak masuk korporat, administration, atau boleh buka kedai sendiri. Sebuah
bisnes kedai farmasi yang berjaya boleh menjana income sebanyak 5 angka sebulan
tau![9]
Bidang Farmasi antara gaji tertinggi di Malaysia
Persoalannya, berbaloi ke kerja farmasi ni? Tepuk dada tanya selera dan tanya
diri, untuk apa kita bekerja? adakah kerana duit semata? sebab bila kau dah
start bekerja, jadi PRP terutamanya, rasa macam tak ada life je untuk tahun
pertama tu. lepas tu, baru la ada ruang nak bernafas sikit.
nak kata
tertinggi, doktor lagi tinggi.. dan banyak lagi kerjaya lain yang jauh lebih
tinggi, kalau korang sekadar nak mengejar gaji.
Yang
penting, perbetulkan niat balik. kerja kerana tanggung jawab, bukan sekadar
bekerja tapi berkhidmat. Kalau kerja kerana Allah, insyaAllah, kerja apa pun
tak kisah. Sebab rezeki itu semua datang daripadaNya. Jangan diharap gaji yang
tinggi, tapi pohonlah rezeki yang melimpah.
MAHSA
COLLEGE CAMPUS SABAH,SEDANG
MEMBUKA PELUANG LANJUTAN PENGAJIAN TERBUKA KEPADA LEPASAN SPM 2017/2018 BAGI SESI
JANUARY 2018 DALAM BIDANG KESIHATAN
FARMASI
SYARAT KELAYAKAN:
SPM : Lulus matapelajaran BM & Sejarah
SPM : Lulus dengan 3 credit termasuk
matapelajaran Sains (Biology/Physics/Chemistry/General Science[Sains
Am]) dan 2 lagi mana-mana matapelajaran.
*Candidates who wish to further to
BPharm MUST obtain minimum 5Bs in Biology and Chemistry and Physics
and Mathematics (or Additional Mathematics) and 1
other subject at SPM evel or its equivalent
TEMPOH PENGAJIAN : 3 Tahun
STATUS : Sepenuh Masa (
full time )
MQA : Yes
MAKLUMAT YURAN PENDAFTARAN.
YURAN ASAL: RM500
SUBSIDI RM300 (Terhad kepada 12
pelajar)
YURAN PENDAFTARAN PENUH:
RM200.00 ( Terhad 12 pelajar )
Dilakukan semasa lapor diri di kolej
Mahsa Kota Kinabalu
BANTUAN KEWANGAN:
Pelajar boleh memohon institusi kewangan PTPTN
ASRAMA & PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
RM100/bulan ( Termasuk Hostel,Transport,Air
& Api )
ANTARA LAIN PROGRAM
DI TAWARKAN:
- DIPLOMA PHYSIOTHERAPY
- DIPLOMA ENVIRONMENTAL HEALTH
- DIPLOMA MEDICAL IMAGING
- DIPLOMA MEDICAL LAB TECHNOLOGY
- DIPLOMA ACCOUNTING
- DIPLOMA ENTREPRENEURSHIP
- DIPLOMA BUSINESS ADMINISTRATION
ALAMAT CAMPUS:
MAHSA COLLEGE
Sabah Campus
Lot No. C-100B,
Concourse Floor
1Borneo Hypermall
88400 Kota Kinabalu, Sabah
Semak
kelayakan anda SEKARANG dengan klik link wasap di bawa